There was an error in this gadget

Wednesday, July 20, 2011

Bahasa Baku Malaysia 2

SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU

Istilah bahasa baku dan bahasa standard merujuk kepada perkara yang sama. Di dalam Kamus Dewan 1989, perkataan ‘baku’ ini membawa pengertian “yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah….dan dapat dijadikan asas perbandingan” .

Pembakuan merujuk kepada proses pengekodan bahasa. Biasanya pengekodan bahasa ini membabitkan aspek tatabahasa, sebutan ejaan, pengkamusan dan peristilahan. Para sarjana telah memberikan definisi kepada konsep bahasa baku. Antaranya Garvin dan Mathiot mendefinisikan bahasa baku sebagai “a codified form of language, accepted by and serving as a model to a larger speech community”. Definisi oleh Garvin dan Mathiot ini menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu adalah bahasa baku jika bahasa berkenaan dikodifikasi dan diterima oleh masyarakat secara umum serta menjadi model kepada masyarakat bahasa tersebut.

Secara tidak langsung kita boleh katakan bahawa satu persetujuan telah dicapai oleh sesuatu masyarakat untuk memillih satu variasi daripada beberapa variasi yang ada dalam masyarakat tersebut untuk dijadikan model yang terbaik sebagai bahasa baku.

Variasi di sini bermaksud kelainan bahasa, iaitu misalnya Kelantan mempunyai variasi bahasanya ang tersendiri, orang kampung di kawasan pedalaman juga mempunyai variasinya sendiri. Kelainan ini sebenarnya merupakan cabang-cabang daripada Bahasa Melayu atau dengan kata lain, kelainan bahasa itu juga dirujuk sebagai dialek.

Definisi yang diberikan oleh Garvin dan Mathiot menyatakan bahawa bahasa baku itu merupakan bahasa yang dikodifikasi. Maksud kodifikasi ialah hasil pengumpulan serta penyusunan pelbagai peraturan mengenai sesuatu bahasa sehingga bahasa itu menjadi suatu keseluruhan yang bersistem dan teratur. Oleh itu bahasa yang telah dikodifikasi adalah bahasa yang bersistem atau mempunyai peraturan.

Ini tidak bermaksud bahasa-bahasa lain atau variasi-variasi lain tidak bersistem dan berperatura. Bahasa atau variasi yang tidak dikodifikasi juga mempunyai peraturan atau sistemnya yang tersendiri. Akan tetapi, sesuatu bahasa atau variasi yang tidak dikodifikasi mmepunyai kepelbagaian sistem yang mungkin berbeza daripada seorang dengan seorang yang lain dalam komuniti bahasa tersebut. Contohnya orang Kedah mempunyai variasinya sendiri, begitu juga orang Perak dan masyarakat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Sistem bahasa baku lebih menyeluruh kepada masyarakat kerana ia boleh difahami oleh semua penutur bahasa tersebut. Sebenarnya bahasa baku ini digunakan hanya dalam majlis atau situasi-situasi rasmi sahaja. Ramai yang berpendapat bahawa Bahasa Melayu Johor-Riau sebagai bahasa baku kerana penggunaannya yang meluas dalam bidang pentadbiran dan juga di sekolah. Sebagai bahasa yang mempunyai penutur yang ramai, khususnya di negeri Johor, Melaka, Selangor dan sebahagian besar Perak dan juga berdasarkan faktor sejarah, sudah tentu bahasa ini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu Baku. Akan tetapi, bukanlah bahasa tersebut merupakan bahasa baku yang sebenarnya. Dalam proses perkembangan Bahasa Melayu Baku, ia akan membentuk imejnya tersendiri. Kini Bahasa Melayu Baku adalah Bahasa Melayu yang dikodifikasi dan seragam sifatnya.

Menurut Profesor Nik Safiah Karim : “Bahasa Melayu standard ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang dengan tujuan untuk difahami, tiap-tiap pihak berusaha menggugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan menggunakan sedikit sebanyak variasi yang berasaskan Bahasa Melayu dialek Johor-Riau, tetapi kini pertuturan Bahasa Melayu umum telah mempunyai sifat-sifat tersendiri”.

Berdasarkan kenyataan Nik Safiah ini, ternyata bahawa Bahasa Melayu Baku bukan lagi dipunyai oleh penutur dialek tertentu sahaja tetapi bahasa ini merupakan bahasa milik semua. Jadi, sesiapa pun tidak boleh mengatakan bahawa Bahasa Melayu Baku ini adalah dialek Johor-Riau atau dialek Kedah.

Aspek sebutan bahasa baku ini dilancarkan pada tahun 1988.

Sebutan baku dalam Bahasa Melayu ini adalah berdasarkan kepada ejaan . Maksudnya setiap huruf akan dibunyikan iaitu satu huruf satu bunyi. Hal ini pernah dinyatakan oleh Datuk Hassan Ahmad (1989). Menurut beliau : “Sebutan baku yang diucapkan menurut ejaan baku Bahasa Kebangsaan atau menurut nilai bunyi huruf dalam bahasa kita, bukan menurut sebutan loghat atau menurut nilai bunyi huruf asing seperti Bahasa Inggeris”.


Intonasi

Intonasi ialah naik turun nada suara yang wujud apabila kita bercakap. Dalam percakapan seharian, nada suara jarang-jarang mendatar, tetapi berbeza-beza, ada kalanya meninggi dan ada kalanya merendah. Satu ciri utama penuturan manusia ialah sifat nada suara yang sentiasa berubah-ubah, yang mencerminkan maksud isi percakapan dan emosi ketika bercakap. Intonasi penting dalam tatabahasa Bahasa Melayu kerana peranannya dalam membezakan bahagian-bahagian subjek dan predikat.


II. Bahasa Baku
Berbicara tentang orang yang berpendidikan tidak lepas dari bahasa dunia pendidikan yang tentu menyangkut masalah ragam bahasa. Ragam bahasa yang dimaksud adalah ragam bahasa baku atau bahasa standar. Oleh karena itu, ada dua ciri yang melatari berbahasa baku. Pertama, ragam bahasa baku memiliki sifat kemantapan dinamis, berupa kaidah dan aturan yang tetap. Selain itu, baku atau standar tidak dapat berubah setiap saat. Oleh karena itu, bentuk peran dan perumus dengan taat asas dapat menghasilkan perajin dan perusak, bukan pengrajin dan pengrusak. Dengan kata lain, kebakuan itu cukup luwes memungkinkan perubahan yang bersistem dan teratur di bidang kosakata dan peristilahan. Ciri kedua, yang menandai bahasa baku ialah sifat kecendekiaan. Perwujudan dari kecendekiaan itu ialah dalam kalimat, paragraf, dan satuan bahasa lain yang dapat mengungkapkan penalaran dan pemikiran yang teratur, logis, dan masuk akal. Oleh karena itu, sangat tepat jika proses pembakuan bahasa yang dimaksud adalah proses penyeragaman kaidah, bukan penyamaan ragam bahasa atau penyeragaman variasi bahasa.
Paparan di atas menunjukkan bahwa pembakuan kosakata sangat penting untuk direalisasikan. Hal itu perlu dilakukan karena dengan adanya pembakuan kosakata itu dapat memberikan pandangan berikut.
(1) fungsi pemersatu,
(2) fungsi pemberi kekhasan,
(3) fungsi pembawa wibawa, dan
(4) fungsi sebagai kerangka acuan.
Bahasa baku berfungsi pemersatu yang dimaksud adalah bahwa bahasa baku mempersatukan makna menjadi satu masyarakat bahasa dan dapat meningkatkan proses identifikasi penutur orang seorang. Fungsi yang dimaksud sebagai berikut.
(1) Fungsi pemberi kekhasan yang dimaksud adalah membedakan bahasa itu dari bahasa yang lain. Misalnya bahasa Indonesia berbeda dengan bahasa Malaysia atau bahasa Melayu Singapura dan Brunei Darussalam. Dengan kata lain, bahasa Indonesia dianggap sudah jauh berbeda dari bahasa Melayu Riau, Johor yang menjadi induknya.


(2) Pemilihan bahasa baku membawa satu wibawa atau prestasi seseorang. Fungsi pembawa wibawa berkaitan dengan usaha orang seorang untuk mencapai kesederajatan dengan peradaban lain.

(3) Bahasa baku berfungsi sebagai kerangka acuan bagi pemakaian bahasa. Untuk menerapkan pemakaiannya itu, dan kaidah menjadi dasar benar tidaknya pemakaian bahasa itu. Oleh karena itu, kumpulan unsur bahasa yang disebut kosakata perlu adanya pembakuan, misalnya cewek, nggak, dan entar. Kata-kata itu sudah menjadi bagian kosakata Indonesia, tetapi tidak termasuk ke dalam kelompok yang baku. (Tata bahasa Baku, 1993:13--21)

Butir ketiga pada paparan di atas itu menjadi dasar pemikiran penulis untuk merealisasikan satu alternatif pengajaran kosakata. Dengan demikian, pembakuan kosakata sangatlah penting. Dengan adanya pembakuan kosakata, sekurang-kurangnya tidak akan menyesatkan peserta ajar ketika menemukan kosakata yang memang belum dimengerti. Pengajar dalam hal ini dituntut untuk memahami dan menguasai kosakata baku dan tidak baku. Berkenaan dengan itu, kamus dan kamus istilah sangat penting untuk mendukung pengajaran kosakata.


Bahasa baku
From Wikipedia
Jump to: navigation, search
Bahasa baku ialah satu jenis bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa, menurut ahli linguistik Einar Haugen. Ia dikatakan sebagai "loghat yang paling betul" bagi sesuatu bahasa.
Keseragaman dalam bentuk bererti bahawa bahasa baku sudah dikodifikasikan, baik dari segi ejaan, peristilahan, mahupun tatabahasa, walaupun kodifikasi bahasa itu tidaklah semestinya merupakan penyeragaman kod yang mutlak. Misalnya, dalam tatabahasa sudah ada rumus morfologi Melayu yang menetapkan bahawa konsonan k pada sesuatu kata dasar digugurkan apabila diberi awalan meN; umpamanya kasih menjadi mengasihi, dan ketat menjadi mengetatkan. Tetapi dengan masuknya kata asing yang mengandungi gugus konsonan pada awal kata, rumus tersebut diberi rumus tambahan, iaitu untuk kes tersebut, konsonan k tidak digugurkan apabila diberi awalan meNG; umpamanya kritik menjadi mengkritik.
Dari segi fungsi, bahasa baku dapat menjadi unsur penyatu, unsur pemisah dan pemberi prestij kerana:
• Unsur penyatu: digunakan oleh orang-orang daripada pelbagai daerah loghat;
• Unsur pemisah: memisahkan bentuk bahasa baku itu daripada loghat-loghat lain dalam bahasa itu; dan
• Pemberi prestij: digunakan oleh segolongan orang dalam suasana tertentu, biasanya dalam urusan rasmi; umpamanya laporan, surat, surat pekeliling, borang, radio, televisyen, dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, ketiga-tiga fungsi ini dianggap oleh Paul Garvin sebagai fungsi perlambangan.
Dalam konteks pentadbiran dan pengurusan, fungsi yang harus ditekankan ialah fungsi objektif, iaitu bahasa baku sebagai rangka rujukan untuk menentukan salah-betulnya penggunaan bahasa. Jika fungsi objektif ini tidak ditegaskan, nescaya bahasa yang digunakan dalam pentadbiran dan pengurusan akan berbeza-beza bentuknya. Apabila hal ini terjadi, maka kecekapan pentadbiran dan pengurusan akan tergugat.

Sumber : http://matskai.blogspot.com/2007/07/bahasa-sebutan-baku.html


No comments:

Post a Comment